cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 24, 2010

tahniah nicol.......anda bukan sekadar jaguh di luar kampung....!!!!




Nicol, Azlan juara Skuasy Terbuka Malaysia

KEMBALI ke pentas pertandingan selepas dua bulan 'berehat', pemain nombor satu dunia Nicol David berharap dapat mengekalkan momentum kemenangannya dalam Terbuka Malaysia semalam, hingga ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia penghujung tahun ini.

Menjelang dua temasya sukan besar itu, Nicol akan ke Terbuka Singapura dan Terbuka Hong Kong sebelum mempertahankan kejuaraan kali keempat di Terbuka Dunia.
Kelibat Nicol memang tiada tandingan. Selepas menjuarai Kejohanan Asia ke-15 di Chennai, Mei lalu, Nicol menjuarai pula Terbuka Malaysia di The Curve semalam, menewaskan Jenny Duncalf 11-6, 8-11, 11-7, 10-12, 11-5 dalam perlawanan final selama 72 minit.

"Saya tahu perlawanan menentang Jenny sukar dan akan diseret sehingga lima set. Saya perlu bekerja keras dan apabila dia membuat beberapa kesilapan, saya memenangi kejohanan ini," katanya mengulas perlawanan berdepan pilihan kedua dari England.

Kejayaan Nicol dan Mohd Azlan Iskandar yang menjuarai acara lelaki, memberikan negara gelaran berganda kali keempat selepas 2005 (Nicol-Ong Beng Hee), 2007 (Nicol-Mohd Azlan) dan 2008 (Nicol-Beng Hee).

Diturunkan sebagai pilihan keempat kejohanan, Mohd Azlan, 28, menebus kekecewaannya dengan memenangi gelaran ketiganya tahun ini - selepas Kejohanan Asia ke-15 dan Kejohanan Skuasy Kebangsaan.
"Saya ingat lagi pada waktu yang sama tahun lalu, saya berada di atas katil di rumah menonton setiap perlawanan yang ditayangkan di televisyen. Pada masa itu saya memberitahu diri sendiri untuk memastikan saya masuk ke final tahun ini," katanya sejurus menewaskan Tarek Momen 11-5, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh 37 minit.

Biarpun tampil penuh yakin, Mohd Azlan mengakui dia terpaksa mengerah sepenuh tenaganya bagi menewaskan lawan 22 tahun itu kerana terdesak untuk menjuarai kejohanan yang menjadi kali ketiga buat dirinya selepas 2004 dan 2007.

"Mata yang dimenangi hari ini (semalam) nampak selesa tetapi sebenarnya perlawanan sukar kerana berdepan tekanan emosi sendiri yang inginkan kemenangan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here