cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 15, 2010

kerajaan UMNO-APCO nak jadi tuhan....berani halalkan yang haram...

Woi! lesen kelab malam diberikan pun, tetap juga ada yang haram, kalau lesen judi?

Lawak betul puak-puak BN ni. Kalau suka cakap aje lah suka, janganlah buat macam-macam alasan pulak.

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mempertahankan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian. Kata beliau, tindakan itu bertujuan untuk memantau pergerakan pertaruhan bola sepak supaya tidak berlaku penipuan. Bukan ke perjudian itu penipuan? Tanya kepada yang lebih arif.

Tapi kita tidak mahu bercakap pasal itu. kitacuma ingin mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kerajaan boleh memantau kegiatan jenayah hanya dengan memberi lesen perjudian supaya ianya tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud mendakwa, kegiatan itu boleh dibendung.

Kita ingin mengajak pembaca melihat sedikit perkembangan berkaitan kelab malam di Malaysia. Apa yang pembaca boleh gambarkan berkenaan dengan kelab malam di Malaysia?

Apakah pembaca tahu, kerajaan Malaysia juga telah meluluskan lesen kelab malam. Apa tujuannya, tidaklah diketahui. Apakah ianya adalah untuk menghalang berleluasa kelab malam haram?


Tapi cuba kita fikir dan lihat terhadap berita-berita semasa, seringkali berlakunya tangkapan 'pelacur-pelacur', GRO dari kalangan rakyat luar negara yang diupah oleh pengusaha-pengusaha kelab malam haram di negara kita ini. Bukan itu sahaja, rakyat tempatan juga tumpang sekaki ditangkap. Pengunjung-pengunjung juga bukan orang, rakyat kita jugak.

Kenapa ianya boleh berlaku, sedangkan kerajaan sudah memberi kelulusan lesen untuk membuat kelab malam.

Apakah jenayah boleh dikurangkan, masalah sosial dapat dikurangkan, ketagihan arak di kalangan muda-mudi yang mengaku Islam dapat dikurangkan, gejala pembuangan anak boleh dikurangkan?

Setiap hari kita dengar dalam berita surat khabar, pembuangan anak menjadi-jadi, masalah sosial berleluasa, ketagihan arak di kalangan orang yang mengaku Islam pun tidak dapat dikurangkan jugak. Apakah sistem perlesenan yang diamalkan oleh kerajaan telah mendatangkan masalah?

Kerajaan sudah pun memberi lesen kepada kelab malam untuk operasinya. Tetapi kenapa ada juga kegiatan kelab malam secara haram di negara kita? Bukan sikit-sikit operasinya.


Kena banteras di rumah kedai, buka pulak di rumah kediaman, kena halang di rumah kediaman, buat pulak di restoran, kena operasi di restoran, buat pulak di ladang-ladang kelapa sawit. Nak kata kerajaan tidak bagi lesen, dah banyak dah kerajaan luluskan lesen kelab malam.

Sekarang, kita mengajak pembaca kembali kepada tajuk asal iaitu, kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak kerana untuk menghalang kegiatan jenayah dan mengurangkan perjudian secara haram berlaku, disamping kerajaan dapat menambah pendapatan melalui percukaian terhadap industri judi.

Ahli Parlimen Kota Belud kata daripada bagi kat penjenayah, lebih baik kerajaan yang pantau.

"Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubungkait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku, " kata AP Kota Belud.

Jadi, apakah kesan meluluskan lesen perjudian dalam bola sepak yang diekspektasikan kerajaan berbanding lesen kelab malam yang menampakkan ketidak berkesanan dalam membentuk masyarakat yang bertamadun itu akan memberi suatu yang positif terhadap kegiatan perjudian secara haram di Malaysia?

Jangan gunakan alasan keuntungan sebelah pihak dan menafikan pembentukan jati diri dan akhlak yang tinggi dalam kalangan anak bangsa di masa akan datang.

Lesen kelab malam pun hanya memberi keuntungan sebelah pihak dengan kutipan cukai lesen, tapi masalah sosial terus-menerus tanpa menampakkan ianya akan berkurangan.

Bagi lesen judi pulak, bagaimana? Kelab malam yang diberikan lesen pun tidak nampak kejayaan untuk menghalang kegiatan bermoral berleluasa, inikan lagi ditambah kelulusan kegiatan perjudian dalam bola sepak.

kita  merasakan, selepas ini akan ada si isteri akan mengadu, si suami selalu tidak memberi nafkah kepada anak-anak kerana duit tidak mencukupi. Gaji pun tak cukup untuk sara keluarga, hutang keliling pinggang, tambah lagi pergi berjudi dengan membuat pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Maka ketika itu, keharmonian rumahtangga akan hancur, penceraian akan berlaku, lebih dahsyat lagi, anak-anak akan terabai.

Berdasar kepada kajian kenapa ramai anak-anak muda terjebak ke arah masalah sosial, peratusnya datang dari keluarga yang bermasalah dalam segenap hal, antaranya terabai dari perhatian kedua ibubapa. Sesetengahnya adalah ada bapa yang terlibat dengan dadah dan ada yang menjadi tahi judi sehingga wang gaji dihabiskan untuk berjudi semata-mata.

Cuba bayangkan, apabila kerajaan sudah membenarkan perjudian dalam bola sepak Piala Dunia. Ramai rakyat kita berminat dengan Piala Dunia, apakah kegiatan perjudian yang dilulus itu akan memberi kesan terhadap pengaruh bola sepak itu.

Usah cakap, nak halang kegiatan jenayah, nak halang perjudian haram, nak halang berleluasanya kegiatan perjudian dengan memberi lesen.

Tapi yang penting, kerajaan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan itu daripada berleluasa. Jangan ditambahkan lagi dengan penyakit jika kita nak cegah penyakit daripada merebak.

Kita melihat, kerajaan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi mengabaikan pembentukan rakyat yang harmoni tanpa judi.



sumber-WarkahDaily Online

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here